Tuesday, June 20, 2006
03:45 am
Daurah

Salam pembuka bicara.

Apa itu daurah?Sebenarnya dah lama pernah dengar perkataan daurah nie tapi tak pasti apa bendanya sebenarnya.Kalau ikut bahasa arab,daurah bermakna roundabout.Kalau plural duwar.Tapi daurah di sini bermaksud perjumpaanlah and then kita tidur di sana selama beberap hari.

 

Jumaat lepas abang bercadang nak pergi perak nak ajak ana sekali.Dia kata roommate dia dan isteri pun nak ke perak sebab ada program juga.Bila contact kawan abang nie,dia kata program isteri dia tue untuk orang tertentu aja.So,dia carikan alternative untuk ana.Ada daurah di masjid shah alam.Dia courage ana pergi ke sana.Memula dah rasa malas sangat nak pergi.Tapi atas couragement from abang,ana pergi juga.

 

Dari rumah ana pergi ke rumah akhawat di Taman Tenaga.Dari sana kami bertolak ke Shah Alam.Bila sampai,masyaAllah….ramainya orang.dahlah sorang pun ana tak kenal.Mulanya rasa terasing sangat.Orang lain sesame kenal tapi ana….Tapi mereka² nie semuanya baik².Mereka semua ingat nama ana tapi ana tak ingat nama mereka,kelakar juga rasanya.Kengkadang ada juga tegur “dah makan Iffah”.Ana jawab aje dah dengan senyuman.Tapi dalam hati…”siapa erk nama ukhti nie”hehehe….

 

Kami dibahagikan ke dalam lima kumpulan untuk LDK (latihan dalam kumpulan) and untuk ma’thurat dan bacaan al-Mulk.ana diletakkan dalam group 4 iaitu group Hafsah.waktu sesi taaruf tue,activitynya menarik tapi ana masih tak boleh nak ingat bebetul nama orang nie siapa.Masih terasa terasing juga.Tapi takpe,kuatkan semangat.Solat kena tepat pada masanya.Semua orang kena solat berjemaah dengan imam masjid di atas.Oh ye,tempat penginapan kami di bawah,belakang pentas.

 

Program macam nie,ada disiplin.Siapa langgar disiplin kena Iqab.Maksudnya seorang yang langgar peraturan,semua ahli dalam group tue kena Iqab.Group kami yang paling banyak kena Iqab sampai 3 Iqab,kelakar betul.Tapi Iqab dia best,hafal maksud hadith and maksud surah.

 

Slot² yang diberikan agak menarik,”Maiyatullah”,”tuntutan ilmu dengan al-Quran” and last sekali dan slot yang paling best…”Asbabul Jahiliyyah”.LDK juga best.LDK1 pasal cabaran seorang da`i di IPT.LDK2 pasal Palestine dan keprihatinan kita sebagai seorang mu’min dalam pembelian barang² yang dikeluarkan oleh syarikar² yang support Israel.LDK3 pula tasmi’ hadith yang merupakan tugasan kami untuk hafaz hadith 34 sepanjang tiga hari di program ini.Banyak cara penyampaian tasmi’.Ada yang berlagu beramai².Group kami buat choral speaking.

 

Banyak ibrah yang dapat diambil dari program nie.Kadang² kita fikir yang kita nie dah baik sangat dah,padahal banyak lagi benda yang perlu kita improve dalam diri kita.Banyak peringatan diberi untuk menjadi seorang da`iyah.Kerja bukan mudah malahan agak membebankan.Tapi itu adalah tanggungjawab kita di muka bumi Allah nie. Sebagai seorang khalifah.Kalau bukan kita,siapa lagi?

 

Di sini ana ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ukht Marhani sebab bagi information about this daurah.Thanks to abang sebab persuade ana suruh pergi walaupun mula²nya ana tak mahu pergi.last but not lrast,syukran jazilan to akhawaat semua kerana mengadakan program yang amat bermakna bagi ana. Selain ana dapat berkenalan dengan lebih ramai akhawat,ana juga banyak menimba ilmu.Semoga Allah memberkati kalian dan tugasan kalian sebagai da`iyah di ardillah ini insyaAllah.

 

p/s:words baru dipelajari….halaqah,murabbi,mutarabbi,mutaba`ah,ibrah,da`iyah, apa lagi erk?itu saja kot.oklah,lain entry lain cerita insyaAllah.Family nak balik lagi seminggu.Smoga perjalanan mereka selamat dan selamat sampai ke tanah air insyaAllah.

 

Allahu a’lam bis sawab.


Cop kaki oleh :
~ marz ~


Tinggalkan cop jari


Marhaban ya Malizia

Alhamdulillah dengan limpahan rahmat kasih saying-Nya ana telah selamat sampai seminggu dah.Syukur Alhamdulillah.

 

Malam flight tue kecoh juga sebab belum solat isya’ tapi dah kena masuk dah k/t.Tapi Alhamdulillah sempat solat kat ruang legar menunggu tue.Masuk k/t…cari tempat duduk.Ada pulak makcik sorang nie duduk kat tempat kami.Aik,??mana boleh.And then pramugari perempuan suruh makcik tue duduk tempat sebenar dia.Bila nak duduk…alamak,sebelah den tue lelakilaa!!ya Allah,tension je ana dibuatnya!!dah memang langsung tak selesa bila kena duduk sebelah lelaki nie.

 

Nak cerita pasal lelaki nie…alahai,dia minum wine plak dah.Bertambahlah tension ananya.Tapi alhamdulillah dia nie jenis lelaki yang tak buat kacau.takut juga.Manalah tau orang yang kita tak kenal nie macam² dia boleh buat kat kita.But Alhamdulillah this guy memang tak kacau langsung ana.Bila k/t dah selamat mendarat…ALHAMDULILLAH selamat juga ana sampai ke tanah air.Marhaban ya Iffah!hehe…meraikan diri sendiri.

 

Selama seminggu sampai di Malaysia,memang tinggal di Bangi Perdana aje.Balik kampong pun sehari aje.Ermm,kesian plak uwan kami buat macam tue.Sorrylah ye uwan.nanti ummi dah balik Malaysia kami balik kampong lagi.

 

Barang² rumah ada yang dah kami beli seperti fridge,stove,rice cooker dll.Pandai juga abang beli barang² keperluan rumah.Bolehlah dia kahwin dah ye.Tapi bila??Harapnya soon insyaAllah (wah wah…adik dia plak x sabar nak suruh abang dia kahwin).

 

Tapi rumah nie memang kosong sangat lagi.Berdengung² bila bercakap.Oh ye...TV pun abang ada beli.Ala...world cup,mestilah dia nak tengok kan??

 

InsyaAllah next week ummi abah n adik² nak balik Malaysia dah.Marhaban ya usrati ilal malizia.

 

Batuk² yang dibawa dari Qatar haritue masih belum reda.Makin teruk aja rasanya.Tadi sempat pergi klinik.Terpaksalah pergi klinik.Takut ada infection peparu plak nanti bahaya.Alhamdulillah takde apa sangat Cuma adala sikit infectionnya.Doktor bagi ubat antibiotic,ubat batuk and selesema.InsyaAllah tak lama lagi baiklah ana dengan izin yang Maha Esa insyaAllah.

 

I think that’s all for today.Esok nak sambung lagi sebab nak pergi ofis akak nie lagi.Kat sini bolehlah excess internet.Kat rumah even line telefon pun takde.So,memang tak boleh pasang internet langsung walaupun guna kad.

 

Ok,ilalliqa’

 


Cop kaki oleh :
~ marz ~


Tinggalkan cop jari


Thursday, June 08, 2006
07:29 am
kena tag?

Salam alaiki,

Semalam bukak blog kay,ana kena tag?huhu...amende tuh?ntahlar.tapi dia kata copy soklan² dlm blog dia and jawab ikut hati seniri.So,here it goes....

1. senaraikan 3 perkara yg sdg anda fikirkan skang??

*besok nak balik malaysia?x caya arh!!
*barang x pack lagi,bila nak pack nie????
*apalagi barang nak bawak balik nih?compius²
(semuanya pasal nak balik mesia sebab memang insyaAllah nak balik malaysia pun esoknya)

2. makanan pe yg sedang anda fikirkan skang?

*rendang burung masak tadi,sedap ke?
*kepok leko
*satsiki,kena buat sebelum balik nih!!

3.senaraikan 3 perkara yg hendak anda lakukan ketika ini?

*dengar nasyid on stage
*jawab mende alah tag nie
*relax

4. senaraikan 3 perkara x best berlaku baru2 ini dlm hidup anda??

*flight kena tangguh (ada hikmah kan??)
*demam/sakit...stress exam time IGCSE
*sekarang pun x baik² lagi!! batuk²

5. senaraikan 3 perkara yg mmg besh yg berlaku baru2 ini dlm hidup anda?

*exam IGCSE dah habis!!! at last!
*masak nasi ayam 2nd time,jadi plak
*dapat dua bentuk cincin dari ummi,syukran ummi!

6. sekiranya anda nampak lelaki or perempuan yg encem or cantik apakah yg anda lakukan?

^ lelaki ensem---> nak buat apa...buat tatau jelaa.bukannya muhrim!
^ perempuan cantik---> doakan dia jadi seorang muslimah yang sejati.

7. sekiranya anda terjatuh di tempat ramai org, apa yg anda akan lakukan?

pernah jatuh skali.ala....bangun pastu buat macam xde papepun jadi.pastu pergilah dari situ

8. senaraikan 3 org yg kene buat tag ni selepas ini...

* along http://hsya.blogdrive.com
* farah mexx http://farathien.blogspot.com
* ijah http://khadijahkhalilah.blogs.friendster.com/khadijahkhalilah/

*********************************************************************************

Sorrylah nothing else to say.Kepala dah bengong sikitlah.Esok dah nak fly...barang x siap lagi.Macamana nie.Knapalah diri nie suka sangat buat keje last minute? Camana nak buang sifat x baik ni ye?Alahai...merugikan diri je sebenarnya.Malam nie kena kemas bilik lagi,basuh toilet semua.Huhu...

Takutlah plak bila nak balik malaysia nanti.Semua benda kena buat sendiri tanpa penguasaan sesiapa.Ya Allah...risau plak.Ala,kenalah berdikari sket diri.janganlah risau sangat.InsyaAllah Allah ma3aki.

Lepas nie internet dah xde.Kalau nak berinternet pun kena pergi tumpang di rumah orang.kalau x...CC lah jawabnya,dua ringgit satu jam.Rindulah daku akan internet lepas nie,hehe.

Oklah,gtg.Maghrib is around the corner.I'm coming back Malaysia!! Huhu,semangat lah plak. Wallahu alam.


Cop kaki oleh :
~ marz ~


Tinggalkan cop jari


Wednesday, June 07, 2006
03:56 am
Demi saudara kita

Assalamualaikum pembuka bicara,

Lagi dua hari nak fly balik malaysia.perasaan?Seronok ada,takut pun ada...yela, dah nak kena pandai berdikari dah.Ala,itupun sekejap je sebab 2 weeks after that ummi,abah and adik² balik malaysia juga.

Hurmm,sebut pasal abah nie...insyaAllah esok dia akan pulang ke tanah arab nie.Selesailah sudah kerjanya membantu mangsa gempa di tanah jawa. Kalau nak diikutkan,masih banyak lagi kerjanya sebagai seorang muslim di sana.Tapi mungkin amanah itu diserahkan kepada orang lain.

Di bawah ini disertakan surat yg ditulis oleh abah dari Jogjakarta kepada sahabat²nya di Qatar bertarikhkan june 3rd,2006

ASM. Ini peluang pertama saya mendapat akses di cybercafe semenjak tiba di Pulau Jawa awal minggu. Alhamdulillah, keadaan di Jogja dan kawasan2 terkesan dek gempa bertambah pulih. Kebanyakan mangsa cedera telah diberi perhatian, walaupun masih ramai yg menanti giliran di operasi kerana fasilitas dewan bedah di rumah2 sakit yg terhad. Kami sepasukan tim Qatar semuanya Alhamdulillah sihat sejahtera, hidup agak selamat dan enak. Gempa susulan setakat ini cuma kecilan sahaja, semoga Allah swt sentiasa melindungi kami dan mereka semua.
 
Disamping itu, kami meneruskan usaha membantu segala kebutuhan mangsa2 korban bencana berupa tenda, obat2an medis serta mengadakan sesi persekolahan untuk anak-anak, mengajar quran, bahasa arab, perkiraan dan juga kelas kesihatan untuk para ibu. Kami dibantu teman2 sukarelawan Indonesia yg begitu gigih. Masya Allah, pengorbanan mereka sangat dikagumi walaupun keadaan kewangan mereka yg jelas terdesak tetapi tidak ternampak di wajah mereka. Pihak komuniti non-Muslim seperti Katolik dll juga gigih berusaha dengan aktivitas kemanusiaan mereka, di samping tim-tim bantuan dari pelbagai negara dan NGO dari luar negara termasuk Amerika, Jepun, Australi, Eropah dll. yg begitu giat dan aktif sekali. Tentu sekali bantuan kewangan dari teman2 di Qatar dapat membantu badan2 sukarelawan Muslim meneruskan usaha2 kepedulian umat mereka ini.

Insya Allah tim kami akan pulang tidak lama lagi setelah kebanyakan kasus2 korban gempa ditangani. Sehingga itu, salam hormat dari saya dengan memohon doa kalian untuk kesejahteraan kami serta semua mangsa serta masyarakat di Jogjakarta.

 
Ma'assalamah, 
                       ================

Huhu...sejak sampai di bumi Indonesia nie,bahasa pun dah bertukar ke bahasa sana.
Tapi yang menarik perhatian ana adalah perenggan kedua yang menyatakan bukan sahaja umat Islam bertungkus lumus mengajar anak² mangsa agama Islam tetapi orang beragama lain juga mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan agama mereka.Tak rasa marah ke kita??Kalau kat Aceh dulu pun macam itu. Anak² yang tak tahu apa² ini bagai kain putih yang bersih memang mudah untuk dididik. Kalau dididik baik,baiklah hasilnya,jika buruk....??Rugilah kita sebagai seorang muslim.

Sebenarnya ramai lagi saudara seIslam kita yang amat² memerlukan bantuan kita. Bala yang menimpa di Indonesia ini sebenarnya bukannya hanya untuk menguji penduduk di sana.Tetapi Allah uji kita juga. Apa perasaan kita bila saudara seagama kita ditimpa musibah.Hanya setakat perasaan simpati??Malahan ada yang tak berperasaan langsung.Allah uji kita yang mampu ni,adakah kita prihatin dengan keadaan sekelililng.Allah bagi nikmat banyak² di dunia..tiba² ada saudara kita yang mahu menumpang sama nikmat yang kita perolehi.Adakah kita menghulurkannya dengan hati yang gembira atau kita bertempik "menyibuklah kau!!" Allah bagi kekuatan supaya kita dapat hidup dengan aman damai. Kalau nak ajak pergi tengok final AF,siapa yang tak mahu pergi.Cuba ajak pergi ke medan jihad...??

Ala...nak pergi ke Indonesia dahlah kena bayar duit naik kapal terbang,nanti habislaa duit aku kumpul.hajatnya nak pergi Paris.Lagi pulak masa tak cukuplah. Nanti miss banyak rancangan TV especially yang bersiri macam mentor ke. gunung Merapi kan masih active lagi.Kang aku pergi kang kena lava...mati aku.

Astaghfirullahal `azeem,DUIT DUIT...mana datangnya duit?Kerjalah dapat duit.Penat² kerja.Takkan kerja tanpa gaji kot.So,duit tue datang sebab kerjalah bukan sebab Allah nak bagi rezeki pada kita??Kalau Allah taqdirkan kita xleh kerja,ada tak duit kita?Kalau penat² kumpul duit dalam rumah,tetiba rumah tue terbakar,dapat tak kita guna duit tue?Ya Allah,apa²pun kat dunia nie Allah bagi kita pinjam.Oxygen pun rezekilah!!Bayangkan kita terpaksa tinggal di planet lain.Selesa tak pakai oxygen tank hari²?Maka bersyukurlah kita dengan rezeki yang diberi.

Hidup mati juga datangnya dari Allah.Ada orang pergi ke medan perang.Balik balik,semua selamat...tidak ada cedera pun.Di suatu malam,dia kena gigit nyamuk Aedes..keesokannya meninggal dunia.Siapa nak bagi komen??Kalau dah sampai ajal kita,di dalam rumah besi macamana sekalipun (jauh dari segala bahaya dan juga cukup semua keperluan) kita akan mati.Buat apa kita nak takut mati kalau kita pergi berjuang.Firstly Allah dah tetapkan ajal kita.Secondly,bukankan kita pergi dengan niat yang baik?Lillahi ta3ala?Dahlah dapat pahala sebab niat baik,lepas tue pergi berjuang melakukan benda² yang baik²..menolong saudara kita.Kalau kita mati pun,insyaAllah syurga menanti kita.

Jadi marilah kita wahai orang² yang prihatin.Mari kita ambil langkah yang sewajarnya.Tak mampu ke sana tak apa.Marilah bantu sekadar yang kita mampu. Kalau mereka perlukan bantuan kewangan,mari kita bersedekah banyak².Daripada pergi ke stadium tengok bola,kita hulurkan dana kepada mereka yang memerlukan. Nak tengok bola boleh,tengok di TV ajelah ye!Doa merupakan suatu hadiah yang berterusan.Doakan semoga mereka tabah,kuat iman dengan ujian² yang menimpa mereka.Semoga Allah bukan sahaja menguatkan iman mereka tetapi menguatkan juga iman kita.

Minta maaflah tidak kreatif dalam penulisan.Asalkan mesej sampai,insyaAllah banyak manfaatnya.

wallahu a3lam bis sawab.


Cop kaki oleh :
~ marz ~


Sebanyak 1 cop jari di kesan


Monday, June 05, 2006
11:43 am
malas,malas,malas...

assalamualaikum,

ya Allah,kenapalah malas nak sangat buat apa² nih?Huhu,in a few days more,i'm gonna fly back to Malaysia insyaAllah.Eee,tak sabarnya.Tapikan...packing pun malas sangat lagi.Mungkin x de mood kot.

Today is a "malas" day.I didn't do ANYTHING selain menengok computer and masak for the lunch.Huhu,sekarang nie dah kena belajar memasak bebetul.Mana taknya,balik Malaysia kena pandai berdikari.takkan nak beli aje makanan hari² selama dua minggu.Alhamdulillah second time masak nasi ayam,jadi pula dia.Bestnya!!Satu lagi masakan arab yg telah dipelajari..."Satsiki"

Nantilah dah rajin baru boleh update resepi utk satsiki tuh.it's like mayonaise but healthier. makan dengan roti arab or nasi arab.tapi rasanya kalau nak buat satsiki nih kat Malaysia payah sikit kot sebab ada daun yg digunakan,x tahu kewujudannya di sana.

Esok kena start packing barang.Dah kena tegur ngan ummi dah sebab barang x pack lagi.Malasnya yang teramat sangat.Ala...nak balik Malaysia nie bestnya.Nak jumpa along.Along,I wanna meet you!!!Hehe,kesian along.Tersedak agaknya dia ana sebut nama dia.All the best for GCSE ye.I hope you will pass the exam with flying colours.

Oklah,malam nie x mahu tidur lambat lagi.Tadi bangun subuh pun agak lambat.Kira dah nak terang dah kat luar.Tuelaa..semalam tidur lambat lagi!!Ana tidur dulu ya..Maassalamah.


Cop kaki oleh :
~ marz ~


Tinggalkan cop jari


Home Next Page










<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31